Tiada siapa boleh halang Dia

Hari ni saya dengar video Dr Asri dan saya sangat suka mendengar ceramah beliau sebab konteksnya sangat simple dan tak terlalu berat (setakat yang saya dengar). Bagi saya orang Islam ni ada banyak kumpulan kumpulan kecil. Ada yang memang betul berilmu, dan pengetahuan tentang feqah, tauhid, dan sirah sangat luas. Ada yang approach Islam dari sudut rohani, more spiritual, mungkin seperti personal relationship between them and Allah. Ada yang biasa biasa sahaja, bersyukur dengan identiti Muslim.

Dalam ketiga tiga kumpulan ini, saya nampak semuanya kena sentiasa belajar untuk improve iman masing masing. Saya bukan orang yang alim, ilmu saya masih cetek. Tapi saya sedar yang saya perlu terus belajar dan sampai ke tua pun, tanggungjawab sebagai pelajar akan terus kekal. (Tapi, saya rasa mungkin tak perlu tunggu tua baru nak belajar agama balik kan?) Pengislahan, sentiasa berusaha untuk memperbaiki diri melalui apa sekali cara pun.

Saya sangat tersentuh dengan doa/ayat yang dibacakan oleh Dr Asri. "Ya Allah, tiada apa yang dapat menghalang apa yang Engkau berikan". 'Yang Allah berikan' itu boleh jadi keputusan yang bagus, boleh jadi makanan, boleh jadi hidayah Islam, boleh jadi jodoh dan memang betul, tiada siapa yang boleh halang kalau itu yang dah tertulis.

Kadang kadang kita risau sangat tentang sesuatu, tapi bukankah Allah dah uruskan segala galanya? Kerja kita hanya usaha dan tawakal. Usaha dan tawakal. Usaha dan tawakal. Takde shortcut. InsyaAllah, Dia akan beri yang terbaik untuk kita.

"Cukuplah Allah (menjadi penolong) bagi kami, dan Dia sebaik baik pelindung" (3:173)


Comments

Popular Posts