saya tak pergi medic school
Saya terbaca post rakan saya, satu cerpen tentang kehidupan seorang doktor di Mesir (rasanya lah). Bila saya baca, saya rasa, wow, how hard doctor's life could be. Memang bunyi macam sarcastic, tapi saya rasa setiap pelajar medic memang sedia maklum dengan realiti ini.
Dulu, mungkin sejak saya umur 5-6 tahun, abah selalu cakap, "Dah besar nanti, jadi doktor". Dan saya akui, saya membesar dengan harapan yang sama. "Saya nak jadi doktor". Mungkin kadang2, saya rasa saya nak jadi saintis. Bila hal di Palestin makin menjadi jadi, saya sendiri decide, "Okay, nak jadi doktor, nak tolong orang kat sana".
Tapi, bila saya dapat scholarship petronas, semua berubah. Saya mula mula x berapa yakin dengan jalan yang dipilih semasa saya di KYUEM, dan hati saya selalu bolak balik. Saya serahkan segala urusan pada Tuhan, dan akhirnya, here I am, pelajar geology tahun tiga di University of Arizona.
Saya tahu masa saya pilih Geology, ramai orang kecewa. Ayah saya, cikgu saya, dan ramai lagi. Mungkin kecewa bukan perkataan yang betul, tapi entah la, rasa terkilan? Setiap kali saya jumpa orang, mesti tanya, belajar apa? Kenapa tak belajar medic? Dan 2 bulan yang lepas, masih ada orang yang ungkit benda yang sama. Dan saya hanya mampu tersenyum.
Sejujurnya, saya boleh cakap, untuk sampai ke tahap ni, semua nya macam kebetulan. Of course, Allah dah tulis semuanya, tapi kalau lah saya x apply Petronas dulu (atas arahan cikgu, dan geology menjadi pilihan sebab saya x minat engineering), mungkin saya x sampai sini. Mungkin jalan hidup saya berbeza. Dan saya sangat bersyukur dengan jalan hidup saya for now. Alhamdulillah, His plan is always the best. :)
Saya rasa dalam hidup kita, at one point, kita tak tahu kenapa kita buat something, tapi kita akan buat jugak sebab instinct said so. Saya rasa tak semua orang ada courage yang sama untuk buat sesuatu yang kita x pernah rancang pun, tapi bila kita ada 'kebergantungan' pada Allah, itu lah one of the best feelings I've ever had.
Saya juga harap rakan2 saya yang bakal menjadi doctor insyaAllah, Wan Najwa, Tasha, Farah Arbaiyah, Shahmi, Balqish, Alia, Irsyad, Hanis, Yasmin, dan ramai lagi, saya harap mereka akan penuhi impian mereka. I'm so very proud of them :)
Allah knows best adikku.smoga hikmah yg kita nantikan itu, akan dapat dimanfaat kita sekeluarga.
ReplyDeleteAllah SWT sebaik-baik Perancang. Tidak semestinya apa yg kita suka adalah yg terbaik utk kita, dan tidak semestinya sesuatu yg kita benci adalah buruk bg kita ^_^
ReplyDelete