Kehidupan - Nazrey and In Team
Kehidupan
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com
Kesenangan yang datang
Tak akan selamanya
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Senilagu : Nazrey Johani Senikata : Nazrey Johani Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Begitulah selepas susah ada kesenangan
Seperti selepas malam datangnya siang
Oleh itu waktu senang jangan lupa daratan
Gunakan kesempatan untuk kebaikan
Sebelum segalanya terlepas dari genggaman
Kelak menyesal nanti tak berkesudahan
Apa guna sesalan hanya menekan jiwa
Jangan difikir derita akan berpanjangan
Kelak akan membawa putus asa pada tuhan
Ingatlah biasanya kabus tak berpanjangan
Setelah kabus berlalu pasti cerah kembali
Ujian adalah tarbiyah dari Allah
Apakah kita ?kan sabar ataupun sebaliknya
Kesenangan yang datang selepas kesusahan
Semuanya adalah nikmat dari tuhan
Senilagu : Nazrey Johani Senikata : Nazrey Johani Hakcipta : Inteam Records Sdn. Bhd.
Saya paling suka dengan baris yang saya bold kan itu. Gunakan kesempatan untuk kebaikan, sebelum segalanya terlepas dari genggaman. Kadang-kadang, mentaliti orang kita ni, bila kaya je boleh membantu. Bila ada sejuta dalam bank je, kita boleh bantu mangsa tsunami. Bila ada tanah seekar, baru boleh diwakafkan.
Kita kena ingat, rezeki tu milik Allah. Kalau kita kasi seringgit, tak bermaksud duit kita kurang seringgit, tapi insyaAllah Dia akan gandakan lagi rezeki kita. Dan tak semestinya kalau kita kasi seringgit, maksud nya pahala kita satu dan orang yang kasi RM10,000 pahala dia sepuluh ribu. Yang penting apa? Ikhlas.
Nak buat baik ni tak susah, tapi kadang kadang kita terlupa. Lagi satu, kenapa kita buat baik?
"Dan apabila dikatakan kepada mereka, "Infakkanlah sebahagian rezeki yang diberikan Allah kepadamu," orang orang kafir itu berkata kepada orang orang beriman, "Apakah pantas kami memberi makan kepada orang orang yang jika Allah mengkehendaki Dia akan memberinya makan? Kamu benar benar dalam kesesatan yang nyata". (36:47)
Kita buat baik bukan sebab Allah perlukan bantuan kita, tapi, bukan ke Allah cintakan orang yang berbuat kebaikan? Kalau Allah sayang kita, insyaAllah hidup dalam keredhaan :)
Comments
Post a Comment