Muhsin


 Dah lama saya tak menulis panjang sebab sejak dua menjak di saya berada dalam phasa 'bingung' or 'confuse'. Saya nampak few options untuk masa depan saya, tapi somehow the bridge yang connect 'present' dengan future saya masih belum kelihatan. Saya sedikit lost dan masih mencari-cari. Namun begitu, apa saya mampu lakukan sekarang, usaha yang terbaik untuk graduate dan tawakal 'ala Allah.

Selepas Maghrib, saya terjumpa dengan satu ayat simple yang sangat menyentuh hati saya,
"Sungguh Allah beserta orang orang yang bertaqwa dan berbuat kebaikan". (16:128)

Betulkan saya jikalau tersilap dan saya tak ingat surah and ayat apa, tapi Allah ada berfirman yang orang bertaqwa adalah orang yang paling dekat dengan Allah. Saya ni serba kekurangan, dan perjalanan menuju stage 'taqwa' masih jauh. Walaupun begitu, keinginan untuk menjadi orang yang baik dan lebih baik sentiasa di hati.

Tapi dalam ayat di atas ni, Allah cakap Allah akan ada dengan orang yang melakukan kebaikan (muhsin). Kadang kadang saya rasa lost and rasa mcm tak cukup baik, tapi Allah dah janji yang Dia akan sentiasa bersama dengan saya kalau saya lakukan kebaikan. So, as long as saya berbuat amal, insyaAllah akan sentiasa melindungi saya dari segala apa yang saya tahu dan tak tahu. Bukan kan sangat awesome tawaran ini?

Mak pesan, setiap hari kita mesti perbaiki niat kita, renew niat kita. Mak cakap dulu time drive pergi sekolah, mak akan remind herself, kenapa dia bekerja & mengajar anak murid. So, saya pun mencuba untuk every morning, on the way pergi sekolah, ingatkan diri sendiri kenapa saya ke sekolah, kenapa saya belajar? Sebab saya nak jadi orang yang lebih baik dan nak jadi orang yang bermanfaat. Dan saya yakin, orang yang menuntut ilmu pun tergolong dalam golongan orang yang melakukan kebaikan sebab kita menggunakan masa dengan baik as compared to dengan orang jobless yang tak buat apa apa.

Kesimpulannya, apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah kadang2 kita belum cukup ilmu untuk menjadi alim ulama, tapi kita tak perlu tunggu jadi orang yang layak menjadi ustaz/ustazah untuk melakukan kebaikan. Peluang itu sentiasa di depan mata kita, dan bersyukurlah, bersyukurlah, bersyukurlah kerana dikurniakan rezeki untuk menjadi 'muhsin' kerana Allah.

Jom sama sama kita menjadi golongan 'muhsinin'.




P/S: Dear Aish, semoga kita sentiasa diberi kekuatan untuk terima dugaan dan kekuatan untuk percaya yang ada hikmah di sebalik segala yang berlaku.
Stay strong, my dear sister :)

Comments

Popular Posts