kenapa saya menulis?
Assalamualaikum,
Malam tadi saya mimpi emak saya, dan sesudah subuh saya pun segera call beliau. Ringkas perbualan kami, namun hati saya puas bila mendengar yang semuanya okay di rumah. Itu lah ibu saya, yang sentiasa tahu & mahu apa yang terbaik untuk saya. 3-4 tahun yang lepas, emak saya ada berpesan supaya saya teruskan menulis. Kakak saya juga ada berkata, "Buatlah blog, untuk kita kita je". Saya tak suka the idea of blogging kerana ada certain orang buat blog macam diary, tapi bila fikir balik, apa salahnya, asalkan ada pengajaran yang boleh diambil dari kisah hidup orang lain :)
Tapi, 3 minggu yang lepas, saya pergi menuntut ilmu bersama teman teman baru. Saya belajar banyak ilmu baru, tapi agak rugi kalau semua nya hanya disimpan untuk saya seorang. Bukan ke sharing is caring? Jadi saya harap blog ni boleh jadi medium untuk memanjangkan ilmu dan juga my thoughts kepada orang lain.
Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh yang makruf, dan mencegah yang mungkar. Dan mereka itulah orang orang yang beruntung. (3:104)
Saya tak pasti berapa lama lagi saya akan terus menulis, berapa banyak post yang akan ada dalam blog ni, tetapi saya harap kepada anda, Husna Hafit, semoga blog ni menjadi rujukan dan pengajaran untuk anda di masa hadapan. Kepada keluarga saya, anggaplah ini oleh-oleh dari anakmu di perantauan. Kepada yang lain, semoga kita mendapat manfaat dari blog ini. :)
tahniah atas pencapaian tahun lepas husna!
ReplyDeletepenampilan sulung blog ni, sgt2 dialukan setelah sekian lama tunggu.
tak sabar nak jd follower..hehe
keep it up!