sang pemimpi
Another good movie, sambungan dari 'Laskar Pelangi'.
Some quotes:
"Kalian perlu tahu, yang kata-kata mempunyai kekuatan yang luar biasa"
"Kau nak mimpi tinggi, mimpilah. tapi kau kena yakin pada mimpi kau dan mencari jalan terbaik untuk meraih mimpi kau"
"Bermimpilah, maka Tuhan akan memeluk mimpi mimpi mu"
Filem ini sekali lagi memaparkan kisah anak-anak kecil yang lahir dalam keluarga yang serba kekurangan. Walaupun begitu, mereka tetap bersekolah walaupun terpaksa bekerja sambilan untuk menambahkan duit poket. Satu cita-cita mereka, untuk ke Paris; dan saya sebagai penonton, amat kagum dengan keberanian yang dimiliki oleh mereka untuk bermimpi. 'Mimpi' yang digunakan dalam konteks filem ini merujuk kepada cita-cita, keinginan atau impian, dan tidak sama sekali boleh dikaitkan dengan mimpi kosong atau angan-angan biasa.
Mengapa mimpi itu penting? Antara pengajaran yang dapat saya ambil daripada cerita ini adalah mimpi itu merupakan bekal kepada mereka untuk meneruskan hidup. Tanpa mimpi yang tinggi, mustahil mereka dapat melepaskan diri daripada cengkaman pemikiran cetek di sekeliling mereka. Tanpa mimpi, mereka pasti akan terus tinggal di kampung tanpa ada usaha untuk memperbaiki hidup mereka dan akan terus berada di takuk yang sama. Dengan keberanian untuk bermimpi, mereka menanam kesungguhan untuk rajin belajar dan bekerja walaupun banyak rintangan dan halangan yang melanda. Dan akhirnya, mereka berjaya memperolehi biasiswa untuk ke luar negara.
Abah selalu berkata, "Angan-angan tu penting". Angan-angan yang sering diungkapkan oleh abah boleh diaplikasikan dalam konteks 'mimpi' dalam filem ini, dan angan-angan juga satu doa jika ia disusuli dengan usaha. Saya belajar bermimpi sejak dari kecil, untuk menjadi orang yang berjaya, untuk memiliki X, untuk membeli Y. Saya tahu, dengan mimpi emak dan abahlah, kami mampu untuk hidup seperti hari ini kerana mereka tidak mahu kami merasai kepayahan yang pernah dilalui satu masa dahulu. Semua bermula dari angan-angan, tapi kita mesti mempunyai keinginan dan keberanian untuk menjadikan mereka suatu realiti. Yang penting, kita mesti usaha bersungguh sungguh untuk mencapai impian dan insyaAllah, Allah akan membantu dan memperkenankan doa kita. :)
Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mereka mengubah nasib diri mereka sendiri. (13:11)

Comments
Post a Comment