Laskar Pelangi
Assalamualaikum,
Some quotes from 'Laskar Pelangi'
"Kecerdasan dilihat bukan dari nilai nilai, dari angka angka itu, bukan, tapi dari HATI".
"Hiduplah untuk memberi sebanyak banyaknya, bukan untuk menerima sebanyak banyak nya".
Filem ini mengisahkan tentang perjuangan guru menegakkan hak setiap insan untuk menuntut ilmu, mendapatkan pendidikan. Ceritanya ringkas, tapi maksudnya sungguh mendalam. Kadang-kadang, rutin harian kita menyebabkan kita lupa untuk bersyukur, dan semasa kita kecil, pernahkah terlintas di hati kita betapa berharganya pendidikan yang kita perolehi sejak tadika? Mungkin dilahirkan dalam keluarga mewah/senang, kita mudah untuk 'take everything for granted'. Saya sungguh terharu melihat usaha yang ditunjukkan oleh Ibu Mus dan pakciknya dalam mempertahankan sekolah yang sudah usang itu. Kalau di Malaysia, saya percaya, masih wujud lagi segolongan kecil yang tidak mampu untuk ke sekolah. Walaubagaimanpun, bukankah situasi ini merupakan hasil daripada 'schooling' dan sejujurnya, layakkah kita meletakkan harga pada 'education' itu?
Kecerdasan yang dinilai dengan hati, masih adakah lagi golongan seperti ini? Rata rata manusia lebih selesa menjadi materialistic dan mementingkan kemewahan sehingga niat menghalalkan segala cara. Terlintas di benak fikiran saya, dalam dunia moden hari ini, yang di atas akan terus mendaki, yang di bawah, akan terus dipijak. Yang kaya akan terus kaya, yang miskin akan terus mundur. Itulah realiti hidup kita, dan saya masih belum lihat noktah penghujung untuk episod ini.
Solution? Abah selalu berpesan, hiduplah dalam kesederhanaan, baru hidup ini rasa nikmat. Sederhana bukan bermaksud meninggalkan harta dunia, tapi tak perlu untuk bermegah megah. Bukankah Allah dah cakap,
Dan carilah pahala negeri akhirat dengan apa yang telah dianugerahkan Allah kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu.. (28:77)
Jadi nak cari harta boleh, tapi jangan sampai buat kita lupa pada Allah, instead, gunakan harta untuk dekatkan diri kepada Allah.
Selain itu, seperti quote di atas, 'hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya', sudah menjadi kewajipan dan tanggungjawab bagi yang berkemampuan untuk terus memberi, membantu setiap insan yang memerlukan. Bantuan tidak semestinya dalam bentuk wang dan harta, tapi tenaga kita dan juga sokongan serta doa. InsyaAllah, segala bantuan akan diberkati.
Jangan gusar untuk memberi, jangan pernah rasa takut kalau kalau akan kehabisan harta kerana terlalu banyak menolong orang. Tapi, yakinlah yang setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan, dan makin banyak kita beri, semakin banyak kita dapat. Makin banyak kita ajar orang, bertambahlah ilmu di dada. :)

membaca itu jambatan ilmu.. :)
ReplyDelete