Saya sayang emak & abah saya, anda pula?

Selepas solat subuh, saya buka planner saya and ternampak perkataan '1 Muharram'. Dalam beberapa hari lagi, genap lah tiga tahun ayah saya pergi.

Saya tampal gambar keluarga saya dalam bilik di Tucson, so that bila bangun pagi or before tidur I can look at their beautiful faces. I did the same thing today. Again, I felt the warmth by just looking at abah's face. Oh, I miss him. 

Silently, I started praying for him. Abah sekarang berada di satu dunia yang berbeza. Dunia yang lain, dan setiap insan yang masih hidup tak boleh describe macam mana alam barzakh tu. Saya pun tak tahu condition abah macam mana. Tapi saya nak abah saya sejahtera sentiasa and Allah lindungi abah saya from any harm.

Bila abah meninggal, ada 3 perkara yang abah tinggalkan and boleh tolong dia. 1) Anak soleh. 2) Sedekah jariah 3) Ilmu yang diamalkan. Saya tak tahu saya ni layak jadi anak soleh ke tak, tapi saya tahu saya ada tanggungjawab (yang sangat BESAR) untuk sentiasa doakan emak dan abah saya. Selesai sahaja saya berdoa untuk abah, saya sedar betapa bernilainya doa saya ni. What if something is not right, and alhamdulillah, my prayers arrive just in time to help abah? :) Semoga doa saya sampai dan Allah permudahkan segala urusan abah. Insya Allah.

In conclusion, pray for your parents. They need you. Sebagai anak, kita kena sentiasa doakan kesejahteraan emak dan ayah kita, dunia dan akhirat. Dan semoga satu hari nanti kita semua dapat berkumpul sekali lagi di syurga kelak, InsyaAllah.



Comments

Popular Posts