Mari berselawat
Abah selalu pesan, "Selawat banyak banyak ye". (The best thing about Abah is that dia bukan sahaja seorang yang baik, tapi cukuplah sekadar mengingati Abah, saya akan immediately ingat pesan2 dia yang dulu and lead saya untuk berbuat kebaikan juga. Semoga Allah sentiasa gandakan kebaikan abah)
That's why saya pun suka berselawat bila ada kelapangan, untuk tenangkan hati bila time susah or before exam. Kebiasaannya, saya tak fikir pun kenapa kita perlu berselawat dan apa hikmah selawat. Jadi, mari kita study kenapa kita berselawat.
Selawat, pada pendapat saya, merupakan doa kepada Allah untuk sentiasa rahmati Rasulullah S.A.W. InsyaAllah, Rasul kekasih Allah akan berikan kita syafaat pada Yaumul Hisab kepada orang yang cintakan berselawat kepada nabi. Kenapa selawat ni sangat special? Cuba bayangkan, kita berdoa pada Allah every day untuk sentiasa berkati kekasih Allah yang semua living and non living things sangat cintakan. Betapa Allah sayang sangat kat nabi kita, and semua orang tahu, Nabi Muhammad ada tempat yang tersangat istimewa, di sisi Allah. But yet, Allah encourage manusia untuk berselawat jugak untuk seseorang yang dah dijamin tempat tertinggi di syurga.
Ya shabab, indahnya method Allah untuk berikan reward untuk hambaNya. In addition to zikir kepada Allah (SubhanaAllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar) or any other zikr praising Allah, Allah ciptakan satu ayat khas untuk umat Muhammad (sahaja) berselawat kepada kekasihNya. Kita insyaAllah tergolong dalam umat yang terbaik sepanjang zaman. The best thing, Allah offers rewards untuk orang yang sentiasa berselawat. Nabi Muhammad akan berikan syafaat kepada mereka, oh, seronoknya!
Sabda Nabi SAW “ Dari Ibnu Mas’ud r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : Orang yang terdekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)
Saya tak mungkin ada kesempatan untuk jadi insan yang sempurna, tapi kalau saya ada peluang untuk dapat syafaat Nabi, kenapa saya perlu sombongkan diri and tolak nikmat ni? Macam ustaz dalam video di atas cakap, kita perlu terbitkan rasa cinta kepada Rasul kita. Even dalam doa harian kita, first, we praise Allah, pastu kita berselawat and then only, kita mula berdoa. Jom kita tanamkan rasa cinta kepada our beloved Prophet.Ingat tak kisah kewafatan nabi, beliau sebut "Ummati, Ummati, Ummati". Waktu tengah nazak, beliau masih risaukan nasib umatnya. Kalau baginda masih ada among us, mungkin kita semua tak jauh dari jalan yang Satu.Mungkin takde masalah politik. Mungkin takde masalah sosial. Saya rasa if only semua orang dalam dunia ni, teruskan ajaran nabi, in terms of his akhlak mahmudah, this world would become a better place for all of us.
Anyway, mari kita latih diri kita untuk sentiasa ingat pada Allah dan Rasul, and semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah.
“Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka.”
Love.
Comments
Post a Comment