Yaumul Hisab

Tiga minggu yang lepas, semasa sessi halaqah, ada perkongsian daripada Saudari Izzati tentang hubungan Sains dan Quran. Antara issue yang dibincangkan ialah Hari Qiyamah (Kiamat). Pagi tadi pula, saya terjumpa beberapa ayat (dan terjemahannya) yang menyatakan serba sedikit tentang perkara yang akan berlaku pada hari tersebut.

Dan diletakkan kitab (catatan amal), lalu engkau akan melihat orang yang berdosa merasa ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan berkata, "Betapa celaka kami, kitab apakah ini, tidak ada yang tertinggal, yang kecil dan yang besar melainkan tercatat semuanya" dan mereka dapati (semua) apa yang telah mereka kerjakan (tertulis).Dan Tuhanmu tidak menzalimi seorang jua pun. (18:49)

Bila saya baca ayat di atas, saya rasa risau. Semuanya akan tertulis. Segala perbuatan kita dari t=0 hingga ke hembusan nafas terakhir. Yang kecil dan yang besar. Tak pasti sama ada kalau dosa yang kita dah bertaubat masih tertulis atau terpadam, hanya Allah yang tahu. Tapi berdasarkan ayat di atas, kita akan tengok balik segala dosa yang lampau. Sebab tu orang cakap, tak perlu tua untuk baru bertaubat. Dulu konsep hidup saya, nak buat dosa memang takde siapa yang akan larang, cuma kena make sure sempat bertaubat. Tapi masalahnya, adakah kita yakin akan datang peluang untuk bertaubat? Jadi, to be safe, tak perlu buat dosa. (Peringatan untuk diri sendiri).

Ayat seterusnya adalah ayat yang sangat menyentuh hati saya,
"Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dahsyat, dan bumi telah mengeluarkan beban berat (yang dikandungnya), dan manusia bertanya, "Apa yang terjadi pada bumi ini?". Pada hari itu bumi menyampaikan beritanya, kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan padanya. Pada hari itu manusia keluar dari kuburnya dalam keadaan berkelompok untuk diperlihatkan kepada mereka (balasan) semua perbuatannya. Maka, barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah, nescaya dia akan melihatnya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar zarah, nescaya dia akan melihatnya. (99:1-8)

Bumi berusia 4.6 billion tahun. Sangat tua. Bumi mesti dah saksikan berbagai bagai jenis kejadian yang berlaku dan mesti dia simpan beban yang terlampau banyak. Saya rasa sangat kasihan terhadap Encik Bumi, yang by the time hari Kiamat berlaku, dia sudah terlampau penat. Penat dengan sikap manusia yang tamak, dan terlalu kejarkan duniawi. Dari zaman Adam sampai ke umat Nabi Muhammad, bumi hanya bersabar dengan manusia yang gemar melakukan kerosakan di Bumi Allah ini. (Wahai bumi, kami minta maaf ye).

Akhir sekali, ayat yang memberi harapan kepada umat manusia. Khabar baik untuk hamba hamba yang masih inginkan syurga.
Maka adapun orang yang berat timbangan (kebaikannya), maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan. Dan adapun orang yang ringan timbangan (kebaikannya), maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah. (101:6-9)

Allah tak kata orang yang timbangan kejahatannya tak kosong, tak boleh masuk syurga. Yang penting timbangan kebaikan nya berat, lebih daripada timbangan kejahatan. Jadi, apa yang perlu kita buat, perbanyakkan amalan. Yes, semua orang buat dosa, tapi kita perlu sentiasa bertaubat and tambah duit dalam account 'Ajr' or pahala.

Jom sama sama kita baiki diri untuk jadi yang lebih baik!



Comments

Popular Posts