infaq

Bismillahirrahmanirrahim

...dan memandang apa yang diinfakkannya di jalan Allah sebagai jalan mendekatkan diri pada Allah dan jalan sebagai memohon doa Rasul. Ketahuilah, sesungguhnya infak itu suatu jalan bagi mereka untuk mendekatkan diri kepada Allah. (9:99)

Infaq (إنفاق) is an Arabic word meaning charity simply to please God without asking for any favor (wiki). Jadi semua perilaku yang baik & dilakukan kerana Allah merupakan infak. Apa contoh infak yang mudah dan free? SENYUM! Senyum je, kat sapa2 pun senyum je. Even orang tu tak senyum balik, jangan kecewa sebab Allah dah senyum tengok kita senyum, kan itu yang lebih baik?

Nampak sampah tepi jalan, lepas tu kutipkan? Walaupun tiada orang beri sijil penghargaan untuk that small little act of charity, tapi Allah gembira tgk kita buat baik, bukankah itu lebih bermakna?

Suri rumah tungkus lumus kemas rumah, masak dan sebagainya tapi keluarga tak pernah cakap terima kasih? It's okay, sebab Allah dah happy tengok kita buat baik untuk keluarga kita :) 

Infaq tak bermakna kena bagi duit atau harta, tapi menyumbang tenaga ke arah kebaikan juga dikira sebagai mendekatkan diri pada Allah. Contohnya di US ni, walaupun bukan negara Islam, tapi negara ini sangat menggalakkan rakyat2 nya untuk volunteer. Jadi, marilah kita merajinkan diri untuk membantu komuniti kita walaupun di mana sahaja kita berada. Nak bantu di rumah anak yatim, bersihkan masjid, bantu mengajar kt sekolah lama, atau bersihkan kubur ke, apa sahaja lah. Yang penting kita berbuat baik di jalan Allah. Even kita bercakap benda yang baik baik pun dikira mendekatkan diri pada Allah sebab kalau kita cakap benda tak baik, orang lain yang dengar or baca pun sakit hati, mesti Allah pun tak suka kan? 

Allah tidak menyukai perkataan buruk, (yang diucapkan) secara terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi (orang yang dizalimi boleh mengemukakan kepada hakim demi keadilan). (4:148)

Mari menginfakkan tenaga/duit/harta/ability ke jalan Allah! Ganbatte. 


Comments

Popular Posts