nama yang indah

Assalamualaikum
Semalam kami meraikan rakan rakan yang menyambut Tahun Baru Cina bersama-sama teman dari Malaysia. Selepas makan, kami pun berbual-bual dan bersantai. Tiba-tiba, termasuk bab Bahasa Arab. As usual, kami mula berkuiz sesama kami. Ra'sun= kepala, Famun=mulut/bibir?, Ainun=mata, Uzunun=telinga dan macam macam lagi. Lepas tu masuk bab nama pula.

Antara maksud-maksud nama rakan saya
Syazwani: keharumanku
Aliff: was it cinta or something else?
Ikhwan: saudara
Fadhilah: fadilat or kebaikan

Jadi kenapa nama kita memberi nama yang baik kepada anak anak kecil? Sebab nama itu doa :) Contohnya, nama saya Husna (which means goodness). Jadi bila orang panggil Husna, maka kebaikan insyaAllah akan datang pada kita semua. Walaupun kita lebih gemar untuk menggunakan panggilan manja atau nama singkat, tetapi lebih indah sekiranya nama penuh makna ini digunakan dalam kehidupan seharian. InsyaAllah, akhlak kita bersesuaian dengan nama kita. Lebih menarik, walaupun nama nama kita dipilih oleh ibu bapa kita, tetapi sesungguhnya nama nama kita dah tertulis oleh Allah. Contohnya, nama saya dah tertulis sejak azali even before mak dengan abah kahwin, even before they were born! 

"Dia mengetahui apa yang di hadapan dan apa yang di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui sesuatu apa pun tentang ilmuNya melainkan apa yang Dia kehendaki" (2:255) 

Comments

Popular Posts